about stuff entry

Hello There

Hello people

Welcome to my blog . I'm Nurul . Be nice here . Leave your footstep in the chatbox . Do blogwalking do follow okay ? :)


What's on my mind ?
Going back to rumah sewa di muadzam , byee :))


Talkie-Talkie





Credits

Skin By : Amirra Najihah
Fully Edited : Nurul Haslinda
Orang melayu sosial style
Wednesday 18 March 2015 | 05:47 | 0 comments
Assalammualaikum ,

Hai , apa khabar ? start cerita baru , hari ni baru rajin nak tulis entri baru kat blog . dapat jugak aku menghabiskan sisa-sisa cuti dengan benda yang berfaedah . cuti lagi beberapa hari lagi nak habis so , kena study , sebab naik je cuti dah exam , kena siapkan homework sebab kalau tak nanti markah exam kena tolak . nampak tak permainannya disitu ? haha , pity of me . okay kenapa aku buat tajuk entri hari ni orang melayu sosial style ? sebab aku rasa orang melayu je yang cara diorang bersosial lain dari lain , kreatif dan inovatif . aku tak tahu lah bangsa lain macam mana tapi setakat ni tak ada yang dapat menandingi orang melayu punya sosial style .
 
style yang pertama , berdoa dalam status . sebagai contoh lah "Ya Allah , kau kurniakan lah aku jodoh yang baik , yang menerima aku seadanya , yang boleh menjadi imam aku suatu hari nanti , amin yarabbalalamin " aku tanya kau eh , apa kejadahnya kau doa kat status ? kau rasa Allah tu main facebook ke ? tengok status kau ke ? ke kau nak tunjuk yang kau ni alim ? baik ? warak ? dah lah doa entah apa-apa . daripada kau tulis kat status tu baik kau bentang sejadah buat solat sunat hajat . dapat jugak pahala . plus Allah dengar doa kau . ni tambahan , yang ala-ala candid tengah solat and pakai telekung lepastu buat caption "Selesai magrib" pernah ke kau tengok orang cina pegang colok amik gambar buat caption "saya sudah habis sembahyang :) " takde kan ? orang melayu islam je yang buat benda-benda tu . aku tak cakap semua . segelintir .
 
next style , mintak couple plus mengayat jiwang mambang . ni aku labelkan spesis dahaga kasih sayang . aku bagi contoh , ada manusia masuk kan aku dalam group "kami single" so aku memang awal-awal lagi dah menyampah sebab apa ? sebab suka-suka hati je masukkan aku kat dalam group yang memang tah apa-apa . then , tengok dalam group tu semua buat status mintak girlfriend lah mintak boyfriend lah . apa ? kau ingat nak oder teh tarik kat mamak ? lepastu ayat jiwang , engkau bagaikan darah yang mengalir dalam tubuh badan ku tanpa mu aku tidak berdaya aku akan mati . perghh . ingat sikit yang hidupkan kau tu Allah , bukan nya makwe pakwe kau . tak mati pun lah kalau kena tinggal . please lah spenda pun suruh mak belikan basuhkan , ada hati nak couple-couple ni . haish , buat penat je tahu ? penat sebab banyak sangat buat dosa . deep kan ? kau fikir lah sendiri . yang jenis suka promote orang tu pun satu lagi kerja . aku panggil membatak . kau tahu tak kau promote orang tu bagaikan kau jual orang . kot kau promote diri kau sendiri , tu dah macam kau jual diri lah .  
 
then , cara mengeja . yang ni aku tak tahu lah karangan dia dapat berapa sebab cara eja pun macam alien , "sayew suker kat awucx" aku dare kau lah cuba pronounse ejaan tu betul-betul . agak berbelit bukan ? cuba lah memartabatkan sikit bahasa ibunda , ni tak . eja pun huru-hara . cuba kau banyangkan , kau chat dengan orang luar negara tapi kau tak paham apa dia cakap . at least kalau kau eja betul-betul orang luar negara tu boleh translate kat google . contoh kay tulis "saya tidak faham apa yang awak cakap sebab saya orang melayu" kalau translate jadi "I do not understand what you're saying because I Malays " looks ? ada sebabnya tersendiri kenapa orang suruh memartabatkan bahasa ibunda kita , bahasa melayu .
 
lagi satu , penyebaran dakwah yang bertentangan dengan apa yang Islam ajar . sebagai contoh , kau pernah dengar tak orang post "kalau perempuan keluar rumah tanpa menutup auratnya , dia akan membawa 3 orang lelaki iaitu , ayah dia , suami dia and anak-anak lelaki dia " kalau pernah , cepat-cepat lah kau mengucap sebab apa ? sebab dah terang terangan ada cakap yang kalau perempuan yang capai tahap baligh , semua dosa dia yang tanggung  sendiri . so buat apa lagi dia nak bawak lagi 3 orang lelaki tu ? yang ni aku dapat masa dengar tazkirah PU Azman masa kat maktab hari tu . so sebelum kau nak tulis apa-apa dakwah tu , aku sarankan kau study balik . tanya orang-orang yang lebih pakar .
 
so , sampai sini je aku nak share pasal orang melayu sosial style . aku harap tak ada yang tersinggung dengan entri kali ini . sebab ini hanyalah untuk perkongsian supaya orang tak menyampah dengan kita dalam laman sosial . kepada yang terasa ke hape , mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki . sama-sama ubah style sosial kita .
Malaysian Culture
Saturday 21 February 2015 | 02:40 | 0 comments
Assalammualaikum ,

merenung ke luar jendela , bayu pagi meniup lembut blablabla aku tanya apa khabar ? aku tak tahu lah apsal lagu tu melekat kat kepala hotak aku sejak dua menjak ni , mungkin sebab tiap pagi clear asrama pakai lagu tu kot . lain kali aku nak request kat Irsyad FM pasang lagu blank space  pulak pagi-pagi . baru ada feel nak pergi sekolah kan ? haha . okay lah kalau kau nak tanya macam mana perkembangan aku sejak dah masuk form 3 ni , sumpah gua cakap memang haru biru , dengan slot gemilang nya , dengan tropical test nya , dengan homework nya lagi plus dengan young teacher nya lagi , huh  aku rasa dah kalah perdana menteri somalia dah kena upgrade sikit perdana menteri syria pulak . haha . nak buat camne lah kan ? tahun pengorbanan , kau doa , kau usaha , kau ihtiar , kau tawakal , kau dapat lah hasilnya satu hari nanti . bila dah dapat hasil tu baru kau tahu apa maknanya bersyukur apa maknanya pergorbanan apa maknanya kegembiraan . sebab time tu kau dapat tengok macam-macam perasaan ada yang sedih sebab tak buat betul-betul , ada yang gembira sampai menangis and ada jugak yang langsung tak rasa apa-apa . kalau kau dalam kategori tu better kau buat solat hajat , risau hati kau dah gelap je .
 
apsal pulak lah aku buat tajuk kali ni malaysian culture , okay aku nak trowback masa nak balik ke rembau . time tu aku ada kat terminal bas . so dalam keadaan poket aku tengah kosong aku pun kelam kabut carik atm . nak naik bas balik rembau . dah lama kan tak tengok dunia luar so aku agak kekok lah sikit . carik punya carik dapat lah aku keluar RM 10 cukup cukup aku nak balik rembau . aku pun pergi lah nak carik bas , terkejut tu kau jangan cakap ah , memang sarat bas nak pergi rembau . cukup berbilang bangsa aku rasa . dengan banglanya dengan indianya cinanya . aku sampai pikir dua tiga kali nak naik ke taknak bas tu . risau jugak aku . then , driver bas tu keluar dia suruh perempaun dulu naik . tapi the problem is malaysian people ni tak reti bahasa , dah cakap perempuan dulu dia lagi berebut-rebut nak naik . aku pun terpaksa mencelah-celah supaya dapat naik . akhirnya selepas berperang dengan mamat-mamat yang aku memang anti which is bangla dapat jugak aku naik bas tu . nasib ada tempat kosong , aku pun cecepat lah duduk . tak de masa aku nak berdiri dengan luggage nya lagi . serious talk bas tu memang dah penuh . tapi aku tak paham kenapa driver bas tu still lagi ambik penumpang aku dah lah jenis tak suka orang ramai-ramai ni . bila bas tu dah gerak bermulalah perjalanan , mula-mula okay je sampai lah ada manusia durjana pergi main tekan-tekan loceng bas tu , aku tak sure lah manusia tu gayat ke hape , driver bas tu pun hangen lah . point dia kat sini . aphal lah sibuk sangat nak carik pasal dengan driver bas tu , dia dahlah tua . penat nak bawak bas , kau pergi kacau-kacau pulak . this is Malaysia , langsung takde hormat each other bukan maksud aku nak rendahkan negara sendiri tapi sampai bila malaysia nak maju kalau rakyat dia sendiri tak ada inisiatif nak majukan diri sendiri , aku pasti kalau rakyat malaysia dapat ubah culture yang ada ni malaysia will be more better lah . bukan setakat hormat je , dari segi pemakaian , pengurusan masa semuanya lah . ni tak , janji 1.00 p.m. datang 1.30 p.m. no time managment lah .
 
maybe kau rasa yang aku ni baru 15 tapi cakap macam dah besar tak layak lagi , tapi bagi aku benda tu semua orang boleh fikir lah . lagi pun negara kita ni negara Islam and Islam dah ajar kita benda-benda baik tapi kenapa kita tak amalkan ? huh , tanya diri sendiri ah derr . so this is the end see ya .
bye .
 







Older Post