haiii , okay dah lama dah aku tak update blog nii , kesian kat blog aku yang comel cantik molek nii . berhabuk dah , aku rasa jin pon dah ada dok bertandang kat blog aku nii . bila cuti sem 1 dah start macam-macamlah aku nak buat , nak naik flight pergi singapore untuk shopping lah , pergi paris untuk menikmati keindahan kota cinta lah , berlayar ke seluruh dunia dengan menaiki kapal layar milik aku sendiri bersama dengan orang yang tersayang , okay kalau kau percaya memang !@#$% .
macam biasa lah kalau nak ganjaran kena ada cabaran , macam cuti sem 1 ni . sebelum nak cuti lama mesti kena jawab dulu paper exam final sem 1 . 2 weeks yang paling menakutkan lah bagi aku . bagi aku exam tu dah macam penentu hidup dan mati , kalau kau jawab suka hati mak nenek tiri belah abah kau jea memang kau mati , tapi kalau kau jawab dengan berhati-hati betul tepat waspada , in sha Allah kau hidup .
kalau masa kau darjah 6 , sebelum nak amik UPSR bermacam-macam motivasi apa kejadah yang cikgu kau buat kan ? dan dalam motivasi tu mesti akan sabik perkataan ni " DUIT" iaitu doa , usaha , istiqamah dan tawakal . 4 perkara ni memang penting lah dalam exam , kalau kau tak buat salah satu dari nya maybe kecundang lah kau dalam exam nanti . tapi ada satu lagi perkara yang orang tak amik cakna , "Keredhaan"
apa itu "keredhaan" ? aku pun taktau lah macam mana nak terangkan apa itu "keredhaan" . macam kita hidup kat dunia ni , kalau hidup kita Allah tak redha susah kat akhirat nanti . kita hidup ini ada matlamat , matlamat kita iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah . selain dari keredhaan Allah , keredhaan manusia itu pun penting . Nak jadi cerita , masa time-time exam ni lah kau kena jaga macam-macam , perbuatan , percakapan .
kalau kau tak jaga dua benda tu memang susah , okay . sebagai contoh lah , time exam kawan kau mintak tolong kat kau ajar dia , lepastu kau cakap kawan kau tu bodoh sebab topik senang pon tak lepas lagi , kalau kawan kau tu tak redha . dia tak suka apa yang kau kutuk kat dia . memang kau akan blank masa exam nanti . ini bukan aku reka lah tapi ni benda betul pernah terjadi kat aku sendiri .
so , bukan masa exam je kau jadi baik sesuci pasir dipinggir pantai , tapi setiap masa . Kalau kau nak berjaya dalam dunia dan akhirat ni , senang je . kau jaga hubungan dengan Allah jaga hubungan dengan manusia , In Shaa Allah hidup kau berjaya , diberkati dan dapat keredhaan Allah :) jadi sampai sini sahaja post aku untuk kali ni , jumpa lagiiiii X)