about stuff entry

Hello There

Hello people

Welcome to my blog . I'm Nurul . Be nice here . Leave your footstep in the chatbox . Do blogwalking do follow okay ? :)


What's on my mind ?
Going back to rumah sewa di muadzam , byee :))


Talkie-Talkie





Credits

Skin By : Amirra Najihah
Fully Edited : Nurul Haslinda
Orang melayu sosial style
Wednesday 18 March 2015 | 05:47 | 0 comments
Assalammualaikum ,

Hai , apa khabar ? start cerita baru , hari ni baru rajin nak tulis entri baru kat blog . dapat jugak aku menghabiskan sisa-sisa cuti dengan benda yang berfaedah . cuti lagi beberapa hari lagi nak habis so , kena study , sebab naik je cuti dah exam , kena siapkan homework sebab kalau tak nanti markah exam kena tolak . nampak tak permainannya disitu ? haha , pity of me . okay kenapa aku buat tajuk entri hari ni orang melayu sosial style ? sebab aku rasa orang melayu je yang cara diorang bersosial lain dari lain , kreatif dan inovatif . aku tak tahu lah bangsa lain macam mana tapi setakat ni tak ada yang dapat menandingi orang melayu punya sosial style .
 
style yang pertama , berdoa dalam status . sebagai contoh lah "Ya Allah , kau kurniakan lah aku jodoh yang baik , yang menerima aku seadanya , yang boleh menjadi imam aku suatu hari nanti , amin yarabbalalamin " aku tanya kau eh , apa kejadahnya kau doa kat status ? kau rasa Allah tu main facebook ke ? tengok status kau ke ? ke kau nak tunjuk yang kau ni alim ? baik ? warak ? dah lah doa entah apa-apa . daripada kau tulis kat status tu baik kau bentang sejadah buat solat sunat hajat . dapat jugak pahala . plus Allah dengar doa kau . ni tambahan , yang ala-ala candid tengah solat and pakai telekung lepastu buat caption "Selesai magrib" pernah ke kau tengok orang cina pegang colok amik gambar buat caption "saya sudah habis sembahyang :) " takde kan ? orang melayu islam je yang buat benda-benda tu . aku tak cakap semua . segelintir .
 
next style , mintak couple plus mengayat jiwang mambang . ni aku labelkan spesis dahaga kasih sayang . aku bagi contoh , ada manusia masuk kan aku dalam group "kami single" so aku memang awal-awal lagi dah menyampah sebab apa ? sebab suka-suka hati je masukkan aku kat dalam group yang memang tah apa-apa . then , tengok dalam group tu semua buat status mintak girlfriend lah mintak boyfriend lah . apa ? kau ingat nak oder teh tarik kat mamak ? lepastu ayat jiwang , engkau bagaikan darah yang mengalir dalam tubuh badan ku tanpa mu aku tidak berdaya aku akan mati . perghh . ingat sikit yang hidupkan kau tu Allah , bukan nya makwe pakwe kau . tak mati pun lah kalau kena tinggal . please lah spenda pun suruh mak belikan basuhkan , ada hati nak couple-couple ni . haish , buat penat je tahu ? penat sebab banyak sangat buat dosa . deep kan ? kau fikir lah sendiri . yang jenis suka promote orang tu pun satu lagi kerja . aku panggil membatak . kau tahu tak kau promote orang tu bagaikan kau jual orang . kot kau promote diri kau sendiri , tu dah macam kau jual diri lah .  
 
then , cara mengeja . yang ni aku tak tahu lah karangan dia dapat berapa sebab cara eja pun macam alien , "sayew suker kat awucx" aku dare kau lah cuba pronounse ejaan tu betul-betul . agak berbelit bukan ? cuba lah memartabatkan sikit bahasa ibunda , ni tak . eja pun huru-hara . cuba kau banyangkan , kau chat dengan orang luar negara tapi kau tak paham apa dia cakap . at least kalau kau eja betul-betul orang luar negara tu boleh translate kat google . contoh kay tulis "saya tidak faham apa yang awak cakap sebab saya orang melayu" kalau translate jadi "I do not understand what you're saying because I Malays " looks ? ada sebabnya tersendiri kenapa orang suruh memartabatkan bahasa ibunda kita , bahasa melayu .
 
lagi satu , penyebaran dakwah yang bertentangan dengan apa yang Islam ajar . sebagai contoh , kau pernah dengar tak orang post "kalau perempuan keluar rumah tanpa menutup auratnya , dia akan membawa 3 orang lelaki iaitu , ayah dia , suami dia and anak-anak lelaki dia " kalau pernah , cepat-cepat lah kau mengucap sebab apa ? sebab dah terang terangan ada cakap yang kalau perempuan yang capai tahap baligh , semua dosa dia yang tanggung  sendiri . so buat apa lagi dia nak bawak lagi 3 orang lelaki tu ? yang ni aku dapat masa dengar tazkirah PU Azman masa kat maktab hari tu . so sebelum kau nak tulis apa-apa dakwah tu , aku sarankan kau study balik . tanya orang-orang yang lebih pakar .
 
so , sampai sini je aku nak share pasal orang melayu sosial style . aku harap tak ada yang tersinggung dengan entri kali ini . sebab ini hanyalah untuk perkongsian supaya orang tak menyampah dengan kita dalam laman sosial . kepada yang terasa ke hape , mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki . sama-sama ubah style sosial kita .






Older Post